About me

nama aJMazur
yahoo id jaymir0n
tarikh lahir 18.08.1984

emel aJMazur@gmail.com

Pendengar yang baik akan cuba untuk mengerti melalui
apa yang dikatakan orang lain.
Pada akhirnya ia boleh secara tajam tidak setuju,
tetapi sebelum dia tidak setuju,
ia ingin mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan..
Kenneth A. Wells,

 

Blogger's Place
Celebrities Fan Club
News Bulletin
Best Hang Out
Previous Posts

MySembang : Selamat Menyambut Hari Raya Haji dan Menyambut Tahun 2007

Saturday, December 30, 2006



Ini merupakan posting aku yang terakhir dalam tahun 2006. Rasa macam artis mengumumkan persaraan dalam dunia celebriti jer. Perghhhh, tapi aku tak la macam tu. Cuma rasa somethin special gak la sebab esok nak sambut Hari Raya Aidil Adha. Pagi - pagi dah siap nak pergi masjid. Sure best. A`laaa macam dulu - dulu gak. Dekat dapur rumah aku ni pun bz sangat. Mana yang buat daging la, ayam lagi, kacang plak pakai kuah untuk ketupat nanti. Aku? Hehe, baru jer basuh keta. Basuh macam tu jer. Buang pasir - pasir yang degil. Kang basuh pakai foam, hujan lagi. Buat letih jer kan. Lagipun kat sini hujan tak menentu. Kalau dia nak turun, turun la sampai 2 - 3 jam. Mujurlah tak lebat. Kalau lebat, banjir la kawasan aku nih. Takut plak kalau air sampai ke atap rumah walaupun rumah aku ni jenis yang tinggi. Tengok dalam berita yang berlaku kat Johor tuh, perghhh kesian plak aku tengok. There nothing i can do unless keep pray dan berharap segala bantuan cepat sampai. Terpikir gak macam mereka nak sambut perayaan esok. Mungkin ada rahmat atas apa yang terjadi. Tengok kat luar ari macam nak hujan. Hermm, see, i told u already. Nasib tak basuh ngan wax sekali kete tadi. Hehehe.
Malam esok dah tahun baru 2007. Azam aku? Ntah laa. Ada azam baru pun bukannya pernah termakbul. Maklumlah kita bukan dapat menjangkakan apa yang berlaku masa depan kan. Lainlah kalau pemegang mohor diraja mengumumkan hari raya haji jatuh pada tarikh ni baru la kita tau bila kita nak prepare segala persiapan nak sambut. Tul tak?
Apapun, selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua muslimin dan muslimat tak kira warna, bangsa dan maaf zahir dan batin~

MyComment : simpati kepada mangsa banjir `: (

luahan dari aJMazur pukul 4:08 PM
1 pengkritik bebas

MySembang : Krismas Bakal Menjelma

Friday, December 15, 2006



Isn`t that so cute..?? Sayang nak pakai kan?. Bukan pakai lap buntut ler. Tapi pakai lap hingus. Di rumah aku tisu roll ni pakai lap hingus jer, tak pun pakai lap apa - apa yang berkaitan selain dari buntut.
Semalam aku teman mak aku ke klinik. Ye la, bulan ni bulan demam bagi orang kat rumah aku. Semuanya nak demam. Nasib aku je yang tak kene. Tak tau la lepas nih. Harap - haraplaa tak. Ok berbalik citer dalam klinik tuh. Punya la cantik decoration klinik nih. Decoration nak sambut krimas. Rase macam kat London jer. Cuma takde salji. Eh kat London pun belom turun salji kan? Tengok EPL takde pun salji. Cuma sejuk jer. Anyway, salute ler sapa yang designkan decoration krimas klinik tuh. So cool. Doktor tu kot. Hehehe. Kalau macam tuh la hiasannya, tak laa tension sangat menunggu giliran untuk dipanggil kan. A`laa mistake tul la semalam. Tak ambil pic tuh. Hermmm...

MyComment : Sakitnya peruttt..3 kali dah ke toilet...toilet pun bosan tgk aku je yang masok..huh~

luahan dari aJMazur pukul 4:13 PM
1 pengkritik bebas

MySembang : Finally, My Exam Was Over

Thursday, November 30, 2006


Senangnya rasa hati. Tak perlu berebut - rebut ke pustaka nak ambik seat yang ada meja. Tak perlu nak berjaga malam semata - mata nak mengulangkaji. Alhamdulillah aku dapat jawab semua paper walaupun satu paper tu aku rasa cam tak kompiden. But, the past is past. Tak boleh nak pandang ke belakang lagi. Tak buat pun masih jugak camtu, kalau buat pun camtu gak. So, what choice did i get? Well i`ve my best already. So, it`s up to the examiner to check and decide what to give. Warghhhhh. Takut pulak bila mengenangkan apa yang terjadi.
Harap - harap laa dapat seperti yang dalam pic di bawah ni.

Aminnnnnnnnnnn....

MyComment : Apsal dalam minggu ni susah sangat nak log in blogger nih...bila log in tak jugak dapat masok-masok...apsal ekk..?

luahan dari aJMazur pukul 2:54 AM
0 pengkritik bebas

MySembang : KL

Tuesday, October 17, 2006


Dalam beberapa jam lagi aku akan berangkat ke KL..flight awal pagi tuh siottt...around 6.50 a.m..
perghhh~ =_="

luahan dari aJMazur pukul 4:06 AM
0 pengkritik bebas

MySembang : Lutut Aku Sakit

Thursday, September 28, 2006


Lutut aku sakit laa. Orang cakap kalau sakit lutut tu salu main *tut* - kelihatan budak budak tutup muka dengan selimut. Nak angkat pun sakit, apatah lagi kalau nak berlari. Ish ish, tension tul aku dibuatnye. Maklumlaa semenjak posa ni kan, aktiviti bola aku pun dikurangkan. Plan semalam nak beli bola futsal then main kat depan supermarket kat kampung sebelah after market tu closed. Kedai tu pun tutup awal around 8.00pm sejak kejadian rompak dalam tahun lepas. Cehhh, nampak tanda rega bola pun tak nampak. Nampaknya plan semalam tuh hanyalah omong - omongan kosong aja.
Hermmm, abis plan nak melancong ke Labuan tuh camne ek? Aku pun tak kompiden sangat, biarlah aku berdiam diri dalam perancangan melancong nih. Aku bukannya bekerja. Malah apa - apa barang yang aku beli tuh atas usaha aku mengumpul bajet berbulan - bulan. Inikan pulak nak ke Labuan. Then aku tengok laaa dalam web FAX ( FlyAsianExpress ). Wahhhh. Kira boleh tahan gak tambang ke Labuan nih. Around RM110 pergi balik. Tapi aku tak tau laa sama ada price tu dah fixed ke tak. Aku takut nanti price tu hanya price kapalterbang je tapi price untuk airport tax lagi. Hermmmm.
Well, duli laa. Malas laa aku nak kecoh. Aku pun bukannya ada kerja. Tiket tuh dapatlaa aku beli, tapi duit belanja tuhh? Hermm dalam dua bulan, aku rasa boleh dapat dalam hermmm, tah laa. Rezeki ni kenkadang boleh naik kenkadang boleh turun. Tengok member aku lelain lah. Kalau diaorang nak sangat ke Labuan diaorang sentiasa update hal ni sebab harga tiket tuh akan naik n naik lagi sebab time nih waktu promotion. Kalau esok lusa dah abis promotion macam mane nanti? Dahlah bulan 12 tu kang musim orang cuti sekolah. Apapun tunggu je laaa.

MyComment : Arsenal menang lagi dalam liga Champion League lawan FC Porto. Menang 2 - 0. YooOOooHaaa ( ikut macam Suria dalam cerita Hikmah 2 )

luahan dari aJMazur pukul 4:56 AM
0 pengkritik bebas
ChatBox

Name :
Web URL :
Message :
 
[ Copyright ]
All material on this site is copyright under the Copyright Act 1968
Copyright 2003-2006

Powered by :
Powered by Blogger