Perjalanan USA mungkin tidak cerah untuk memasuki ke pusingan dua setelah dibenam oleh Republic Czech 3 - 0 pagi semalam. Gol yang dijaringkan oleh J. Koller pada minit ke 5' seakan - akan memberi nasib malang kepada skuad USA. Permainan yang ditonjolkan oleh pemain USA agak menghambarkan sedikit apabila banyak serangan mereka dipatahkan dengan mudah oleh pertahanan Republic Czech. Nasib USA kian merudum setelah gol kedua berjaya dijaringkan oleh Tomas Rosicky pada minit ke-36'. Walaupun tahu peluang semakin tipis, USA tetap mengasakan jentera penyerang mereka dengan sering membalas serangan ke pintu gawang yang dijaga oleh penjaga gol Republic Czech, Antonin Kinsky. Apabila separuh masa kedua bermula, Republic Czech seakan berpuas hati dengan jaringan yang diperolehi. Mereka bermain seolah - olah ini sudah memadai untuk mendapat mata penuh dalam kumpulan mereka. Ini membuatkan USA membuat beberapa kali serangan pantas namun peluang yang banyak dipersiakan. Ini membuatkan Tomas Rosicky sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 76' lantas menaikan namanya sebagai penjaring terbanyak setakat ini bersama - sama pemain Germany dan Costa Rica.
Tomas Rosicky yang sempat dibeli oleh Arsene Wenger untuk membantu pasukan Arsenal adalah pelaburan yang mungkin tidak sia - sia. Untung pasukan Arsenal kerana membeli Tomas Rosicky sebelum pertandingan World Cup. Mungkin musim depan Arsenal boleh bergaya dengan persembahan mereka. Siapa tahu Arsenal boleh memegang piala EPL dan menebus maruah untuk piala Champion League.
MyComment : Yeaaaaaaa go Gunners go Gunners.........
MyComment : Yeaaaaaaa go Gunners go Gunners.........


